#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat: BERHATI-HATI KETIKA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DOBI 24 JAM

Dobi layan diri 24 jam sememangnya menjimatkan masa dan memudahkan kerja harian lebih-lebih lagi ia dikunjungi selepas jam 12 tengah malam kerana tidak perlu berebut dengan orang lain yang turut sama menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Bagi mereka yang sering mengunjungi pusat dobi layan diri, jom ikuti beberapa panduan yang disediakan seperti berikut:

1. Jika anda pergi bersendirian, disarankan untuk membawa teman (jika lewat malam).

2. Sementara menunggu pakaian dicuci, anda disarankan pergi ke tempat lain untuk menghabiskan waktu bagi mengurangkan sebarang risiko yang tidak diingini.

3. Anda juga boleh berehat sementara di dalam kereta supaya lebih selamat.

4. Pilih pusat dobi 24 jam yang mempunyai ciri-ciri tahap keselamatan terjamin dan lokasi yang strategik (selamat dan tidak sunyi).

Sumber Imej: Google

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#JomBeringat

No photo description available.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS