#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA TERSEREMPAK DENGAN GAJAH KETIKA MEMANDU?

Kebelakangan ini, terdapat beberapa laporan media berkenaan gajah liar yang didapati berkeliaran di atas jalan raya dan kawasan kampung.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi berkenaan ketika memandu, jangan panik dan ikuti langkah-langkah yang disarankan oleh pihak Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia melalui video berikut bagi menjamin keselamatan anda.

Elakkan provokasi seperti membunyikan hon atau memasang lampu tinggi pada kenderaan kerana ia boleh menyebabkan gajah tersebut berasa terancam.

Sumber: Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS