#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat AWAS! BAHAYA RENJATAN ELEKTRIK

Renjatan elektrik boleh berlaku apabila seseorang tersentuh atau terdedah kepada arus yang mengalir melalui badan, disebabkan oleh pengaliran arus elektrik dengan kadar tertentu secara tidak sengaja. Keadaan tersebut berpunca sama ada daripada penebatan yang kurang baik atau kesan papan litar yang rosak.

Sekiranya mangsa terkena renjatan, tindakan awal yang boleh dilakukan adalah dengan menutup bekalan alat elektrik pada suis utama dan mendapatkan bantuan kecemasan dengan kadar segera.

Jika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, guna bahan penebat seperti kayu, plastik, kaca dan getah untuk menolak mangsa dari sumber elektrik tersebut.

Pastikan anda juga tidak menyentuh alat elektrik atau suis dengan tangan yang basah dan lembap kerana ia juga boleh menyebabkan renjatan elektrik.

Sumber gambar: Google

No photo description available.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS