#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#SembangTrafik BAWA MUATAN SECARA BERBAHAYA, PEMANDU BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM2,000

Membawa muatan yang tidak ditutup dengan kemas boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain. Kecuaian pemandu boleh menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa.

Tindakan boleh diambil di bawah Peraturan 19(1), Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu muatan yang dibawa oleh mana-mana kenderaan hendaklah tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan. Jika disabitkan kali kedua dan seterusnya, denda boleh dikenakan tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau kedua-duanya.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS