AMARAN: CUACA BURUK DAN HUJAN LEBAT SEPANJANG HARI INI
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca hujan lebat berpanjangan di beberapa buah negeri Semenanjung Malaysia pada hari ini.
Bagi kawasan yang dilanda banjir, anda dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan pihak berkuasa dan pastikan dokumen penting serta barangan berharga disimpan di tempat yang selamat. Sentiasa merujuk kepada portal-portal rasmi berkaitan situasi terkini keadaan banjir di tempat anda.