Interaksi melalui gajet dan peranti digital di alam siber merupakan fenomena biasa yang dapat dilihat pada masa kini.
Namun demikian, amalan tersebut boleh memberi kesan negatif apabila kita seolah-olah tidak lagi mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling dan kurang berkomunikasi secara berdepan dengan ahli keluarga, rakan dan orang ramai.
Bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya tatacara melayari dan menggunakan media sosial serta permainan dalam talian secara sihat, ikuti tips yang disediakan oleh Cybersecurity Malaysia ini sebagai panduan harian anda.
Sumber: Cybersecurity Malaysia