#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat 6 KESALAHAN TRAFIK UTAMA OP SELAMAT 18

Polis Diraja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan menggunakan pendekatan "Total Enforcement and Services" iaitu menjalankan penguatkuasaan secara tegas dan bersasar bagi menurunkan kadar kemalangan.
Menerusi Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan bermula 29 April hingga 8 Mei depan, terdapat lima kesalahan trafik utama yang bakal dikenakan tindakan saman serta merta dan satu kesalahan yang tidak akan dikompaun namun pesalah perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan.
Lima kesalahan tindakan saman serta merta adalah seperti berikut:
i. Memandu melebihi had laju,
ii. Memandu di lorong kecemasan,
iii. Memotong di garisan berkembar,
iv. Memotong barisan 'Q', dan
v. Tidak mematuhi lampu isyarat.
Manakala, satu kesalahan yang tidak boleh dikompaun tetapi pesalah perlu hadir ke mahkamah adalah menggunakan alat komunikasi semasa memandu.
Ingat, setiap orang mempunyai peranan, BERUBAHLAH menjadi luar biasa, patuhi undang-undang demi keselamatan keluarga anda dan keluarga orang lain.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS