#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat JANGAN BENARKAN KENDERAAN DIPANDU TANPA LESEN

Terdapat masih ramai ibu bapa atau penjaga yang mengambil sikap 'tidak mengapa' dengan membenarkan anak di bawah umur memandu kenderaan atau menunggang motosikal walaupun tanpa lesen yang sah.

Perbuatan tersebut bukan sahaja mengundang bahaya kepada anak mereka, malah pengguna jalan raya lain.

Selain itu, perbuatan berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dikenakan denda sehingga RM3,000, penjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber infografik: BERNAMA

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS