#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat ELAK KUNJUNGI TEMPAT BERISIKO DILANDA KEPALA AIR

Polis Diraja Malaysia ingin menasihati orang ramai agar menangguhkan sementara perancangan ke tempat riadah seperti air terjun atau sungai ketika musim hujan ini sebagai langkah keselamatan.

Antara tempat lain yang perlu dielakkan adalah seperti kawasan tanah tinggi, berbukit dan pantai.
Kawasan tanah tinggi dan berbukit mempunyai risiko berlaku hakisan terutamanya ketika hujan. Manakala kawasan sungai, air terjun dan pantai berpotensi berlakunya kejadian arus deras serta paras air meningkat secara mendadak disebabkan oleh kepala air dan banjir.
Selain itu, pemantauan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak juga perlu diambil perhatian. Pastikan mereka tidak sesekali mendekati kawasan seperti yang dinyatakan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kredit gambar: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS