#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat ELAK "HYDROPLANING", JANGAN MEMANDU LAJU ATAS PERMUKAAN JALAN BASAH

Pengguna jalan raya diingatkan agar tidak memandu kenderaan dengan laju terutama ketika atau selepas waktu hujan bagi mengelak berlakunya "hydroplaning".

"Hydroplaning" atau gelungsuran hidro berlaku apabila terdapat lapisan air di antara tayar dan permukaan jalan raya yang basah. Tayar kenderaan seakan-akan terapung dan keadaan itu boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan, berpusing atau melanggar halangan mahupun pemandu kenderaan yang lain.

Insiden sebegitu boleh dielakkan sekiranya anda peka dengan keadaan permukaan jalan dan tidak melalui jalan yang ditakungi air.

Selain itu, jangan sesekali cuba memecut laju kenderaan dan amalkan jarak selamat antara pengguna jalan raya lain.

Kredit video: @smartdrivetest

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/557864646132273/

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS