#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#JomBeringat POSTING PILIHAN: JANGAN GUNAKAN LAMPU MATA ARAH PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN

Pemilik kenderaan persendirian dinasihatkan agar tidak menggunakan lampu mata arah di cermin hadapan di atas dashboard kenderaan kerana ianya merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

Pesalah boleh disiasat di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS