#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#JomBeringat [POSTING PILIHAN] PRN: LARANGAN TERBANGKAN DRON TANPA KEBENARAN DI KAWASAN TUMPUAN RAMAI
Orang ramai diingatkan supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di kawasan tumpuan ramai semasa tiga tarikh penting yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Hari Penamaan Calon (29 Julai 2023), Hari Mengundi Awal (8 Ogos 2023) dan Hari Pengundian (12 Ogos 2023) serta sepanjang tempoh berkempen.
Semua aktiviti pengendalian dron di Malaysia adalah tertakluk di bawah Seksyen 4, Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).
Sumber: Civil Aviation Authority of Malaysia