Dalam kegirangan membawa keluarga bercuti bersama, jangan abaikan undang-undang dan peraturan semasa berada di jalan raya.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Pastikan rancang perjalanan, memandu secara berhemah dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling demi keselamatan bersama. Semoga anda selamat sampai ke destinasi percutian.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM