#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................

HENTIKAN KEGANASAN RUMAH TANGGA

Keganasan rumah tangga bukan sekadar penderaan fizikal. Ia merangkumi penderaan emosi, tekanan mental, ugutan lisan, paksaan seksual, serta kemusnahan harta benda. Mangsa boleh terdiri daripada ibu bapa, pasangan (isteri atau suami), bekas pasangan, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Lindungi mereka yang terkesan. Laporkan sebarang bentuk keganasan kepada pihak berkuasa.

Bersama kita hentikan penderaan. Demi keluarga yang selamat dan sejahtera.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS