#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#JomBeringat BERSAMA MEMERANGI JENAYAH SEKSUAL
Jenayah seksual merupakan satu bentuk keganasan yang meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, sama ada secara fizikal, emosi mahupun psikologi. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina atau latar belakang.
Sebagai masyarakat, tanggungjawab kita adalah untuk peka dan bertindak. Lindungi mereka yang terkesan. Laporkan segera sebarang bentuk keganasan atau perlakuan mencurigakan kepada pihak berkuasa agar tindakan dapat diambil dengan pantas.
Setiap laporan anda mampu menyelamatkan nyawa, menghentikan penderaan dan mencegah jenayah daripada terus berulang. Bersama kita hentikan penderaan demi keluarga yang selamat, sejahtera dan bebas daripada ancaman jenayah seksual.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: