Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menunggang motosikal pada musim hujan. Langkah pencegahan yang mudah seperti meningkatkan kepekaan, berwaspada serta mengawal kelajuan mampu mengurangkan risiko kemalangan.
Jangan sesekali mengambil mudah risiko menunggang dalam keadaan cuaca buruk.
Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan untuk menunggang motosikal dengan lebih selamat, mengurangkan risiko bahaya serta memastikan anda tiba ke destinasi dengan selamat.