#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#JomBeringat POSTING PILIHAN: JAUHI ARAK DAN BAHAN TERLARANG
Pengguna jalan raya diingatkan agar menjauhi arak dan bahan terlarang. Satu keputusan yang salah boleh membawa akibat yang serius. Keseronokan sementara tidak pernah berbaloi jika ia merosakkan kesihatan, menjejaskan masa depan dan menggugat keharmonian keluarga.
Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bukan sahaja mengancam nyawa sendiri, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menjejaskan rekod peribadi, kesihatan mental serta maruah diri dan keluarga.
Sayangilah diri dan orang tersayang. Buat pilihan yang bijak demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Jadilah contoh yang baik kepada generasi akan datang.