#jomBeringat
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#JomBeringat #BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: JANGAN TERLIBAT DENGAN URUS NIAGA MATA WANG ASING (FOREX) SECARA HARAM
Sebarang urus niaga mata wang asing (forex) yang dijalankan tanpa melalui institusi kewangan berlesen adalah menyalahi undang-undang serta mendedahkan individu kepada risiko kerugian kewangan yang tinggi.
Kementerian Dalam Negeri menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran pulangan yang tidak munasabah, penggunaan platform palsu, serta penyalahgunaan nama dan logo agensi penguat kuasa yang sering digunakan sebagai helah penipuan.
Sehubungan itu, orang ramai disaran supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum melabur, tidak mudah terpedaya dengan janji keuntungan lumayan, dan hanya berurusan dengan institusi kewangan yang sah serta berlesen.