Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai supaya memastikan kenderaan diselenggara terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan jauh.
Pemeriksaan dan penyelenggaraan awal mampu membantu mengelakkan kerosakan, mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar.
Utamakan keselamatan diri dan keluarga dengan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Ingat, kenderaan yang diselenggara dengan baik adalah kunci kepada perjalanan yang selamat.
#18052026