Petikan Ucapan KPN
.....................................................................................................................................................................................................................................................

PERUTUSAN KPN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA TAHUN 2020


PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN
TAHUN BAHARU CINA TAHUN 2020

Salam Sejahtera dan Salam Muhibah,

Tahun Baharu Cina bukan sahaja dinanti-nantikan oleh masyarakat Tionghoa di negara ini, malah oleh seluruh rakyat Malaysia yang amat menghargai kepelbagaian budaya untuk diraikan bersama.

Menurut kepercayaan orang-orang Tionghoa, Tahun Tikus Logam bakal membawa pelbagai rahmat dan kejayaan kepada mereka yang gigih berusaha. Atas semangat yang sama, saya menyeru kepada seluruh warga PDRM untuk mempasakkan niat dan membulatkan azam, serta melipatgandakan usaha dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

Kepada rakyat Malaysia, marilah kita meraikan perayaan ini dalam suasana yang harmoni dan bersatu hati, umpama serumpun bagai serai,
seliang bagai tebu, seikat bagai sirih, demi memastikan perpaduan yang terbina kekal utuh selamanya.

Di kesempatan ini, saya seisi keluarga, ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, kepada seluruh warga PDRM dan rakyat Malaysia berketurunan Tionghoa yang meraikannya.

Bagi mereka yang merancang untuk pulang ke kampung sempena cuti perayaan ini, pastikan langkah-langkah keselamatan diberi perhatian yang
sewajarnya, agar kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat. Memandulah dengan berhemah dan patuhi peraturan keselamatan jalan raya yang ditetapkan, agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“Gong Xi Fa Cai”, “Xin Nian Kuai Le”

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL HAMID BIN BADOR) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS