Petikan Ucapan KPN
.....................................................................................................................................................................................................................................................

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KRISMAS TAHUN 2020


Salam Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, tanggal 25 Disember 2020 akan disambut dalam norma baharu kerana kita masih terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Meskipun disambut secara sederhana, saya yakin kemeriahan perayaan pada tahun ini, akan tetap dihayati dengan penuh kesyukuran atas segala nikmat yang dianugerahkan Tuhan.

Bagi anak-anak rantau yang terpaksa menyambut Hari Natal kali ini secara berjauhan daripada keluarga, yakinilah bahawa pengorbanan ini membawa erti yang amat besar dalam kita sama-sama memainkan peranan untuk menyekat wabak COVID-19 dari terus menular. Perayaan ini masih dapat disambut bersama rakan dan taulan seadanya, atas dasar perpaduan yang utuh di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan kaum. Justeru, sama-samalah kita bersatu hati dan berusaha untuk memastikan perpaduan serta keharmonian yang dinikmati selama ini, kekal terpelihara dan berpanjangan.

Marilah kita menyemai sikap positif serta meyakini hikmah di sebalik setiap ujian yang sedang dihadapi ketika ini. Sama-samalah kita berdoa semoga pandemik COVID-19 ini segera berakhir, demi kesejahteraan rakyat dan ketahanan ekonomi negara.

“MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR”

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL HAMID BIN BADOR) IG
Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia

Image may contain: text that says 'SELAMAT MENYAMBUT YAMBUT HARI HARI'NATAL 25DSEMBER2020 DISEMBER 2020 Polis Diraja Malaysia Tban) KPN(Komunikas Korporat) Terbitan Konsep: pdrmsia_ _official PDRMsia PDRMsia'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS