Petikan Ucapan KPN
.....................................................................................................................................................................................................................................................

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KRISMAS TAHUN 2021


Salam sejahtera.

Bersempena dengan perayaan Hari Krismas 2021, saya dan keluarga serta barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga PDRM serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian.
Semoga perayaan Krismas tahun ini diraikan dengan lebih meriah dan harmoni dalam kesepakatan kita menjunjung nilai-nilai murni masyarakat majmuk yang berbilang agama, bangsa dan budaya. Marilah kita sama-sama bersatu hati untuk terus memelihara perpaduan serta mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi di tanah air ini. Sesungguhnya keutuhan silaturahim di antara kaum, sikap kebertanggungjawaban dan kerjasama erat seluruh rakyat Malaysia amat membantu usaha PDRM untuk memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan negara.
Dalam kemeriahan dan keriangan menyambut Krismas, sama-samalah kita beringat dan jangan sesekali alpa untuk terus kekal mematuhi protokol kesihatan yang masih berkuat kuasa. Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
“MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR”

(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS