Petikan Ucapan KPN
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#OPBANJIR PDRM KERAH 377 ANGGOTA DI SELURUH NEGARA TERJEJAS BANJIR PANTAU KES PECAH RUMAH DAN CURI KENDERAAN - KPN
Seramai 377 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan di seluruh negara terjejas banjir bagi memantau kes pecah rumah dan kecurian kenderaan.
Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mengambil kesempatan melakukan jenayah ketika negara sedang dilanda bencana banjir.