47 angka kematian direkodkan di seluruh negara dan lima (5) mangsa dilaporkan masih hilang.
Daripada jumlah itu, 25 kematian adalah di Selangor, 19 kematian di Pahang dan tiga kematian direkodkan di Kelantan. Selain itu, lima (5) mangsa dilaporkan hilang di Pahang.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menerusi satu kenyataan, hari ini.