Petikan Ucapan KPN
.....................................................................................................................................................................................................................................................

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM SARJAN SUHAIMI ZAKARIA

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato’ Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Sarjan Suhaimi Zakaria, 46 tahun yang telah meninggal dunia pada 14 Januari 2022 (Jumaat) akibat kemalangan jalan raya.

Perkhidmatan terakhir Allahyarham Sarjan Suhaimi ialah sebagai Pengiring Bermotosikal Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sejak tahun 2019.

Jenazah Allahyarham Sarjan Suhaimi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Khairiah Serdang UPM, Seri Kembangan, Selangor pada jam 9.00 pagi tadi.

Didoakan agar roh Allahyarham Sarjan Suhaimi Zakaria dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS