Pic Of The Day

PIC OF THE DAY

PIC OF THE DAY: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Lapang Sasar Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Kuantan, Pahang, semalam.

Baginda berkenan menguji kemahiran menembak dengan menggunakan beberapa jenis senjata api melibatkan latihan tembakan ke sasaran, jatuhan piring dan senjata berat bagi sasaran jarak jauh.

Turut hadir mengiringi latihan tembak tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Mohd Yusri Haji Hassan Basri, Komander Briged Tenggara PGA, SAC Tuan Kamarul Zaman Maarof, para pegawai kanan dan pegawai rendah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Kredit gambar: Polis Pahang

Image may contain: 5 people, outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS