Pic Of The Day

#COVID-19 PIC OF THE DAY: TERIMA KASIH PENDUDUK TTDI

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penduduk Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur atas keprihatinan memberi sumbangan berupa penutup muka, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman buat para petugas Balai Polis TTDI.

Sumbangan tersebut akan digunakan sepanjang penugasan Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan yang telah bermula sejak 18–31 Mac 2020.

Kami amat-amat menghargai sumbangan dan ingatan daripada masyarakat kepada warga Polis Diraja Malaysia yang bertugas di lapangan tanpa mengira masa dan ketika.

Di kesempatan ini, pihak polis sekali lagi menasihati masyarakat untuk terus kekal berada di dalam rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sumber: Ketua Polis Balai TTDI, DSP Mohd Mohsin Md Rodi



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS