Pic Of The Day

#PKPP #COVID-19 PIC OF THE DAY: ANGGOTA POLIS REDAH BANJIR DEMI KELANCARAN TRAFIK

Koperal Sardhara Singh dan Konstabel Akmal dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban sanggup mengharungi banjir bagi mengalihkan sebuah kenderaan yang rosak selepas terperangkap di Jalan Mambau-Port Dickson (Kampung Bemban), Negeri Sembilan, awal pagi tadi.

Selain memastikan aliran trafik bergerak lancar dan selamat, semua petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi banjir, turut membantu memindahkan mangsa-mangsa terjejas ke penempatan sementara berdekatan.

Sebanyak 40 kediaman di kampung tersebut ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak jam 4.00 pagi tadi.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PicOfTheDay
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13072020

Image may contain: one or more people and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS