Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: KETUA KOMUNIKASI KORPORAT PDRM ZAHIR SOKONGAN SEMARAKKAN RUKUN NEGARA


Bersempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, SAC Dato' Asmawati Ahmad turut sama menyokong kempen semarakkan Rukun Negara yang berlangsung dari 9 Julai hingga 16 September 2020.

Jelas beliau, dengan berpegang pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, nescaya keharmonian dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia akan kekal teguh buat selama-lamanya.

Ayuh rakyat Malaysia, bersama kita semaikan rasa kecintaan kepada negara melalui Rukun Negara. Jadikan ia sebagai identiti diri walau di mana jua kita berada. Sesungguhnya, Malaysia tanah tumpah darah kita semua. 🇲🇾 ♥️

#Sambutan50TahunRukunNegara
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#17072020

Imej mungkin mengandungi: 1 orang
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS