Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: SIKAP AMANAH BENTUK AKHLAK MULIA

Tahniah Lans Koperal Mohammad Adzim Fahmi Shari dari Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur kerana menjumpai dan menyerahkan semula dompet seorang lelaki yang dijumpai tercicir ketika menjalankan tugas pemantauan trafik di sekitar bulatan berhampiran Dataran Merdeka, pagi tadi.

Sikap jujur dan amanah yang ditunjukkan beliau wajar dijadikan contoh kepada semua warga Polis Diraja Malaysia. Tanamkan sikap ingin sentiasa membuat kebaikan dan kebajikan, biarpun sebesar zarah sekalipun. Syabas sekali lagi buat Lans Koperal Adzim!

Sumber: AdZim Fahmy

Image may contain: 1 person, outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS