Pic Of The Day

#PKPP #COVID-19 PIC OF THE DAY: SENTIASA HULURKAN BANTUAN BUAT MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN

Walaupun penat menjalankan tugas menjaga keselamatan awam, namun ia tidak menghalang Lans Koperal Muhammad Rais Sarip dan Koperal Muhamad Nizam Adzali dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan bersama dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu sepasang suami isteri yang kehabisan minyak motosikal di Tanjung Agas.

Lans Koperal Muhammad Rais kemudiannya bertindak mendapatkan bekalan minyak di stesen berdekatan sebelum seorang pemilik kedai runcit memberikan petrol miliknya secara percuma buat pasangan berkenaan.

Semoga dengan kebaikan yang dipamerkan oleh Lans Koperal Muhammad Rais dan rakan-rakan menjadi teladan buat kita untuk turut membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.

Sumber: Muhammad Rais Sarip

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 2 people, outdoor

Image may contain: car and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS