Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: TERIMA KASIH KOPERAL AZIZI ATAS KEPRIHATINAN ANDA!

Biarpun sedang melakukan rondaan cegah jenayah, Koperal Mohd Azizi Muhd Jamal dari Balai Polis Pekan Baru, Ipoh, Perak sanggup turun dari motosikal dan mengambil inisiatif membersihkan serpihan kenderaan yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Raja Ekram, berhadapan Bangunan Octagon, kelmarin.

Beliau segera membersihkan serpihan tersebut selepas meminjam peralatan daripada kedai berhampiran bagi memastikan tiada halangan buat pengguna lain yang melalui jalan berkenaan.

Terima kasih Koperal Mohd Azizi atas keprihatinan anda dalam menjalankan tugas. Semoga anda sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan orang awam.

Sumber: Balai Polis Pekan Baru Ipoh Perak

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#18102020



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS