Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: BIAR JASA JADI KENANGAN

Menjadi lumrah manusia menghulurkan bantuan apabila melihat seseorang itu ditimpa kesusahan lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Bantuan akan dihulurkan demi memastikan lalulintas sentiasa lancar tanpa sebarang halangan.

Begitu juga buat Lans Koperal Saufi Napri dan Konstabel Mohamad Aizuddin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, membantu menolak sebuah lori ke bahu jalan yang mengalami kerosakan berhampiran lampu isyarat Gunung Lang bagi memastikan tiada kesesakan trafik mahupun kemalangan jiwa berlaku.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

Sumber: Polis Daerah Ipoh
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS