Pic Of The Day

#PKP #COVID-19 PIC OF THE DAY: SAYANGI DIRI, SAYANGI SEMUA

Biarpun dilihat kecil 'sumbangan' pelitup muka oleh seorang anggota Polis kepada seorang warga emas yang terlupa memakainya di Pasar Awam Parit, Perak, namun tindakan murni itu pasti dapat mencegahnya daripada terus terdedah dengan ancaman wabak COVID-19.
 
Sikap ihsan yang ditunjukkan anggota dari Balai Polis Parit, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Koperal Shahril Amir Shaari itu juga merupakan 'satu jihad' beliau kepada negara dan masyarakat.

Sumber: Sas Barakah

May be an image of footwear and outdoors
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS