Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: TERIMA KASIH ANGGOTA BSPT IPD KLIA!

Walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko bahaya, namun demi keselamatan pengguna jalan raya lain, tugas yang dipertanggungjawabkan tetap dilaksanakan.

Itulah yang dilakukan oleh Sarjan Mejar Muhammad Shamsul Abdullah bersama Koperal Muhammad Safuan Baba dan Koperal Mohd Firdaus Zakaria dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA sanggup mengalihkan bangkai seekor anjing yang berada di tengah jalan dekat Kilometer 1.8 Jalan Pekeliling KLIA, Selangor, semalam.

Sifat ambil peduli tersebut adalah bagi memastikan lalulintas sentiasa selamat dan lancar tanpa sebarang halangan. Tahniah diucapkan kepada anggota yang terlibat. Anda memang hebat!

May be an image of one or more people, people standing and road
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS