Pic Of The Day

[PIC OF THE DAY] SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2021: PESARA POLIS TERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Sabah memberi bantuan 20 bakul makanan kepada pesara polis sempena Hari Kemerdekaan 2021.
Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd. Haris Ibrahim berkata, sumbangan itu diberikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan pesara polis yang sudah menghabiskan separuh abad usia mereka untuk berkhidmat kepada negara.

Bantuan ini disumbangkan oleh Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sabah bagi membantu meringankan bebanan pesara polis yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

"Kita sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh pesara polis yang berkhidmat sejak berpuluh tahun lalu.

Program bantuan kepada pesara polis ini sudah diadakan beberapa kali. Kita bukan hanya membantu pesara malah, balu pesara polis juga turut dibantu," katanya.
May be an image of one or more people, people standing and text that says 'Pesara polis terima bantuan bakul makanan Daerah (IP) Penampang Sabah bantuan akibat pandemik Covid-19 menghargai Deputi Mohd. Haris polis sejak berpuluh diadakan berkhidmat kepada katanya. malah, turut dibantu,' Bantuanini disumbangkan Haris (empat kanan) Sabah membantu meringankan bebanan bantuan bakul makanandilP Penampang, Sabah.'
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS