Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: PENGARAH KDNKA ADAKAN ZIARAH KASIH ANAK YATIM DI YAYASAN AMANAH ANNUR MAISARAH

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali berbesar hati mengadakan ziarah kasih dan menyantuni anak-anak yatim di Yayasan Amanah Annur Maisarah, Chemor, Perak dengan menyerahkan sedikit sumbangan untuk kegunaan bersama.

Semoga rezeki yang dikongsi dapat menceriakan hati semua penghuni di yayasan terutamanya anak-anak kecil yang pastinya merindukan belaian kasih ibu dan ayah mereka.

Sebagaimana sabda Rasulullah: "Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni." - Hadis Riwayat Al-Tarmizi

#PolisDanMasyarakat BerpisahTiada
Sumber gambar: Briged Utara PGA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS