Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: TERUSKAN JIHAD, CEGAH PERKARA MUNGKAR, KITA SERU KEBAIKAN

"Kerjaya polis adalah satu jihad yang amat mulia. Kita adalah khalifah di dunia yang memikul amanah dan bertanggungjawab mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan," petikan ucapan Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Zamri Yahya sempena Majlis Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bilangan 37 Siri 2/2021 di Pusat Latihan Polis Air Hitam (PULAPAH), Jempol, Negeri Sembilan pada 10 Oktober lalu.

Buat seluruh warga Polis Diraja Malaysia yang dikasihi...

Biar segetir mana ujian dalam perjuangan mempertahankan keselamatan dan keamanan negara di tanah air kita, TERUSKAN melangkah wahai wira-wira SANG SAKA BIRU. Kita berjuanglah dengan seluruh kudrat dan seikhlas hati kita.

Atas semangat yang sama, ayuh kita mempasakkan niat dan membulatkan azam, serta melipatgandakan usaha dalam memberikan perkhidmatan yang
terbaik

 
kepada MASYARAKAT dan NEGARA.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS