Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: TIMBALAN KPN KEMUDI BOT PPM JENIS PC31

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berpeluang mengemudi sendiri bot Unit Pasukan Polis Marin (PPM) jenis PC31 semasa melakukan tinjauan kesiapsiagaan anggota Polis Diraja Malaysia dan tahap keselamatan di sekitar perairan Melaka dalam lawatan kerja rasminya, hari ini.

Aset PPM yang memiliki enjin MAN V8-1200 x 2 kuasa kuda (waterjet) ini berkelajuan sehingga 38 Knot mampu memuatkan enam orang anggota dalam satu masa dan kebiasaannya digunakan untuk penugasan mengiringi tetamu khas, kawalan Op Benteng serta rondaan pencegahan jenayah di sekitar perairan dari Kuala Kesang, Muar ke Kuala Batu Pahat, Johor.


May be an image of 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS