Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: AKSI 'SARJAN MEOW' LAKUKAN PEMERIKSAAN BARIS

Aksi bersahaja seekor kucing yang seolah-olah sedang memeriksa barisan pegawai dan anggota Unit 69 Komando berjaya menarik perhatian lensa kamera kami untuk merakam gelagatnya.

Mungkin itu tugas sulit 'Sarjan Meow' untuk memastikan barisan dalam keadaan siap siaga sebelum diperiksa oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) 69 Komando ke-52 yang diadakan di Markas Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, di sini, pagi tadi.

PS: Jika Jabatan Siasatan Jenayah mempunyai anjing pengesan K9, mungkinkah 69 Komando juga memiliki kucing pengesan CAT69?

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS