Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: SUPERINTENDAN DR. BAKRI TERIMA ANUGERAH HERO LEBUH RAYA

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin menerima Anugerah Hero Lebuh Raya di Malam Anugerah Industri Lebuh Raya 2021 yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, malam tadi.

Anugerah tersebut sebagai penghargaan atas usaha dan komitmen tinggi Dr. Bakri dalam menjalankan tugas, selain membantu meningkatkan imej JSPT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Bakri! Teruskan menjadi inspirasi buat seluruh warga Pasukan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

May be an image of 5 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS