Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara yang menempatkan mangsa-mangsa banjir di sekitar Lembah Klang dengan menaiki aset Polis Diraja Malaysia, hari ini.