Pic Of The Day

#PPN #COVID-19 PIC OF THE DAY: POLIS PANTAU PEMATUHAN SOP HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PENGGAL KETIGA 2021/2022

Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bermula hari ini bagi negeri kumpulan B manakala kumpulan A telah bermula semalam yang melibatkan kehadiran pelajar secara penggiliran yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kehadiran pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) ketika tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah bagi memastikan setiap pelajar serta guru mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PPN sepanjang berada di sekolah.

Selain memantau, PPS juga meluangkan masa dengan memberi nasihat kepada para pelajar agar tetap fokus pada pelajaran biarpun menjalani sesi pembelajaran dalam norma baharu dan sentiasa mematuhi undang-undang dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar sekolah.

Selamat maju jaya buat para pelajar dan semoga sentiasa bersemangat dalam perjuangan menuntut ilmu.

#BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#10012022

May be an image of 22 people, people standing and motorcycle
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS