Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: ANGGOTA URB BANTU ALIH KENDERAAN ROSAK

Demi memastikan lalu lintas berjalan dengan lancar, Koperal Mohd Raffli Marzuki dari Unit Rondaan Bermotosikal, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan telah bertindak pantas menolak sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil yang rosak di laluan berhadapan Kem Tentera Penrissen Batu 7 Kuching, Sarawak ketika melakukan rondaan cegah jenayah.

Bantuan yang diberikan bukan sahaja dapat melegakan hati pemilik kenderaan tersebut malah memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS