Pic Of The Day

[PIC OF THE DAY] OP SELAMAT 18: DI PENGHUJUNG RAMADAN, WARGA SANG SAKA BIRU TERUS KEKAL JAGA KESELAMATAN RAKYAT

Ramadan 2022 semakin menuju ke penghujungnya. Semoga segala amal ibadat dan pengorbanan warga Sang Saka Biru diterima oleh Yang Maha Esa serta mereka terus istiqamah melaksanakannya.

Tatkala ramai yang teruja menyambut lebaran bersama keluarga tercinta, namun sebahagian besar dari keluarga Polis Diraja Malaysia akan terus berkhidmat melindungi rakyat dan negara tanpa mengira masa dan ketika.

Begitulah semangat yang ditonjolkan oleh para pegawai dan anggota yang diketuai ASP Nasyrul Ridzuan dari Unit Peronda Lebuhraya Zon Tengah A, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang sempat menjamah sedikit juadah untuk berbuka puasa di Kilometer 440 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dalam Op Selamat 18, kali ini.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#30042022
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS