Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

Tidak kira di mana jua anda berada, Polis Diraja Malaysia sentiasa bersedia membantu tatkala memerlukan pertolongan.
Tahniah dan syabas buat Koperal Zamri Meri dan Lans Koperal Ganesh Sugumaran dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang membantu seorang pengguna jalan raya kerana kehabisan minyak motosikal sewaktu melalui jalan di bulatan Masjid KLIA semalam.
Semoga kalian menjadi contoh kepada warga Pasukan dan juga masyarakat untuk terus melakukan kebaikan.
"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS