Pic Of The Day

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: KP JOHOR BANTU MANGSA KEMALANGAN

Ketua Polis (KP) Johor CP Dato' Kamarul Zaman Mamat telah memberi bantuan kepada seorang mangsa kemalangan ketika melalui jalan di Kilometer 12, Jalan Air Hitam-Johor Bahru berhampiran Taman Johor.

Dato' Kamarul Zaman kekal berada di lokasi kejadian bagi memastikan laluan trafik berjalan lancar dan mangsa telah dibawa menaiki ambulans dengan selamat untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah.

Terima kasih Dato' Kamarul Zaman atas bantuan yang dihulurkan dan didoakan semoga mangsa diberi kesembuhan segera.

Sumber: Polis Johor
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS