Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: POLIS JUGA BANTU SELAMATKAN HAIWAN

Rasa bertanggungjawab, melindungi dan sayang bukan hanya kepada masyarakat, malah ditunjukkan juga kepada haiwan.

Begitulah ehsan ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Azimi Putra, Lans Koperal Hairi Bain, Konstabel Ajika Kasim dan Konstabel Abd Syukur Gapare dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri yang membantu selamatkan seekor burung helang jenis 'Changeable Hawk-Eagle' akibat dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Dato' Sri Joseph Balan Seling dekat Miri, Sarawak, semalam.

Burung tersebut akhirnya dihantar ke klinik haiwan berdekatan bagi menerima rawatan, sebelum dibawa ke pejabat Sarawak Forestry Corporation Wilayah Miri untuk pemantauan lanjut.

Tahniah dan terima kasih buat wira-wira Pasukan!

#PicOfTheDay
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#28062022

May be an image of 1 person, bird and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of hawk and outdoors
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS