Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: DOA DAN RINDU DARI YANG TERSAYANG

Hanya titipan doa dan rasa rindu dari ahli keluarga tersayang mengiringi tugas warga Pasukan Gerakan Am (PGA) di persempadanan.

Gambar yang memberikan seribu makna apabila Koperal Mohd Nor Azmi Kamarudin dan Lans Koperal Mohamed Redzuan Ramzi dari Batalion 5, PGA Simpang Renggam, Johor sempat memeluk dan memberikan ciuman kasih buat cahaya mata mereka dalam Majlis Send Off Kompeni Bravo, semalam.

Kedua-dua mereka antara 125 pegawai dan anggota dari Cawangan Pengangkutan Batalion 5 PGA yang akan mula mengambil alih tugas keselamatan kawalan pos sempadan negeri Johor sehingga bulan hadapan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS