Pic Of The Day

PIC OF THE DAY: PGU LAKUKAN PENERBANGAN IHSAN BANTU URUS PENGEBUMIAN JENAZAH DARI LAWAS KE KUNAK

Kota Kinabalu, 19 September 2022 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan penerbangan ihsan membawa jenazah ibu kepada Konstabel Nurshahidul Abdul Gagah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas, Sarawak di sini, semalam kerana mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Lawas, Sarawak.

Jenazah Allahyarhamah Puan Rusia Kibong telah dibawa ke kampung halamannya di Kunak, Sabah untuk dikebumikan menggunakan helikopter jenis Agusta Westland AW 139 yang diketuai oleh Juruterbang, DSP Nazarudin Husein bersama Komander Operasi, ASP Shaike Faiqzal Johari dan pemerhati udara Sarjan Mejar Asrizal Alwi serta Koperal Kenneth Nawot.

Seluruh warga PDRM menzahirkan ucapan takziah buah ahli keluarga Konstabel Nurshahidul. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah.


May be an image of 6 people, people standing, outdoors and text that says 'MALAYSIA'

May be an image of 9 people, people standing, aircraft and outdoors
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS